Sunday, November 20, 2011

Banjir

Hai Assalamualaikum :)

Sebelum habis bulan November ni, aku rasa baik lah kiranya aku tulis satu entri baru kan. At least 1bulan 1entri 1Malaysia dari takda langsung. kannn?

Masa aku tengah menaip ni hujan tersangat-sangat-sangat lah lebat kat tempat aku ni. Kilat dan petir sabung menyabung. Guruh berdentam-dentum . Takut mak nak. Nasib baik suis bilik aku tak kena sambar petir masa tengah print nota tadi. Phew *sambil tangan di dahi kesat peluh. Kalau tak, mana nak raba duit beli laptop baru.

Cakap pasal hujan ni kan, sebenarnya aku teringin nak merasa banjir. Tidur ramai-ramai kat dewan serbaguna. Mendayung sampan dan bereswimming kat dalam banjir yang airnya berwarna coklat cappucino atau yang parah sikit berwarna hitam keladak. Tapi aku tak kisah semua tu. Yang penting aku nak mandi air banjir. Mesti syok. Free tak payah bayar pulak tuh.

Aku nak berakit macam ni kalau banjir.

Tak pun berpelampung macam ni pun syok jugak.

Atau berlari berkejaran dalam air. Aku dapat merasakan kenikmatannya. 

P/S : untuk menambahkan efek best banjir, sila lah pasang lagu 'Paradise'. Lagu dalam cerita Boys Over Flower tuuu..

Dulu masa kat matrik aku selalu doakan matrik aku banjir. Tak payah aku pergi kelas seminggu. Boleh main uno dengan rumet. Boleh tengok cerita jepun banyak-banyak. Kat matrik mana ada cuti lama-lama weh? Mana ada? Raya pun cuti 3-4 hari je. Banjir je boleh bagi kau cuti darurat lama-lama macam tu. Dekat U ni tak payah dah nak doa biar banjir. Tak banjir pun aku relax je tak pergi kelas. 

Agaknya kalau banjir kat Melaka, mesti aku kena sumpah jadi snow white. 

Baca sampai lebam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...