Tuesday, November 20, 2012

Graduasi Saya

Aku masih lagi menganggur. Iye, menganggur. Perkataan yang nampak busuk di mata masyarakat.

"eh anak kau dah kerja timah bukan nama sebenar ?"
"belum lagi rosnah bukan nama sebenar"

Satu senyuman dilemparkan. Ahh senyuman itu. Ya, senyuman itu. Ibarat aku nampak neraka untuk sesaat.

Marilah kita lupakan 'neraka' itu untuk seketika dan lihat 'syurga' ini barang sesaat dua...




Yay, finally budak-gemuk-yang-nampak-stokingnya-bergulung-semasa-berjalan-atas-stage-tempoh-hari sudah grad!

Dah genap sebulan rupanya gambar tu diambik. Menganggur pulak dah 2 bulan. Cukup 5 bulan menganggur mungkin orang dah tak dapat bezakan antara aku dengan gajah. Jadi marilah doakan aku cepat dapat kerja untuk mengelakkan kecelaruan identiti!

Assalamualaikum.

Saturday, June 9, 2012

Sikit Lagi Sebelum Grad

Hai. Eh Assalamualaikum.

Bangun je dari tidur 13 jam terus dapat semangat nak tulis something kat blog. Aku rasa ni mungkin entri terakhir blog aku. Eh tak abes lagi ayat tuuu. Ni mungkin entri terakhir blog aku yang aku tulis masa aku bergelar pelajar. Cewahh. Bergelar tak tahan.

Tadi kira kat kalendar, aku tinggal 17 hari je lagi nak habis belajar. Dalam rasa tak sabar nak habis belajar ni kena la siapkan tesis dulu awokk. Tak siap tesis tak boleh grad nanti. Haaa nebes kau dengar perkataan 'tak boleh grad' tu.

Dengan ini secara rasminya ceq nak habaq kat ampa suma, ceq dah siap tesis ceq. Dah hantaq semalam kat ketua program ceq. Uuuu neves jangan cakap. Lebam bawah bijik mata ni pun tak hilang lagi lepas dah qada tidur 13 jam tadi. Pestime bangun-bangun tidur terus cari cermin. Pestime. Sebelum ni tak penah buat. Kakakaka. Jangan bagitau berapa lama kau jadi gila sebab tesis ni. Jangan yeee..

Kau tau apa rasa dia bila dah siap tesis???




Rasa dia macam ni...



 Tapi tak boleh nak seronok lagi. Sebab...

11/6/2012 : Sejarah dan Falsafah Sains Matematik
14/6/2012 : PEMBENTANGAN TESIS paling seram ram rammm ramlah ram
19/6/2012 : Beberapa Isu Pilihan dalam Matematik
25/6/2012 : Makanan dan Gaya Hidup

Tak sampai seminggu goyang kaki makan bersuap dekat rumah kena pergi LI pulak. Nasib dapat kat rumah je.

2/7/2012 : Praktikal wehhh!

Lepas ni bai bai la esaimen. Bai bai la exam. Ku kenang dikau dalam doaku jelah.

Okey dadadididudu.
Selamat ber'exam' semua!
Doakan aku lepas semua paper sem ni weh!! ;D

Sunday, April 29, 2012

CERITA PULAU TIOMAN SAYA (PART 2)

Alhamdulillah, umur masih panjang. Meh nak sambung cerita Tioman semalam sementara mood nak menulis ni ada lagi. Tapi kali ni gambar banyak gila. Harap dapat bersabar ye kalau loading tu.. :)


Hari Sabtu (7/4/2012) : Hari Kedua
Hari ni masing-masing bangun awal memandangkan banyak gila tempat yang kitorang nak pergi. Kitorang dah plan nak ke Kg. Juara. Orang cakap tak lengkap kalau datang Tioman tak pergi Kg. Juara nih. Kg. Juara ni, satu-satunya kampung yang menghadap Laut China Selatan. 

Kalau tak faham kedudukan Kg. Juara yang saya tulis kat atas, cuba tengok bawah ni.

Gambar ni curik dari google ;D



Kiranya kalau dari Tekek nak ke Juara kita kena merentas gunung. Nak ke sana pulak ada banyak pilihan. Nak jalan kaki boleh, naik basikal boleh, nak ber-skate board pun boleh. Tapi yang paling best tak keluarkan tenaga mestilah naik four wheel drive, 4WD. Walaupun tenaga tak keluar, ehem, duit haruslah keluar. Yang kitorang naik ni kena bayar RM200 siap dengan pemandu lah. Bukannya kita bawak sendiri ye. Mat saleh lagi suka jalan kaki. Saya pun tak tau lah pukul berapa baru diorang boleh sampai Juara tu..

Nanti pemandu tu bukannya bawak korang pergi Juara je tau. Dia bawak pergi banyak tempat. Kalau rasa dah boring berenang kat laut, anytime je boleh ajak dia pergi tempat lain pulak. Maksud saya, ikut suka hati korang la nak duduk kat situ lama ke kejap. Pemandu tu tak limitkan masa pun.



Laluan nak ke Juara ni memang dasyat. Kalau duduk belakang tempat yang takde atap tu memang melambung-lambung. Tapi best sangat!



Pokok yang ada bentuk hidung manusia.



First time naik. Eksaited la tu.


Ini dekat puncak kalau tak silap.


Penyambut tetamu.




Teruja tengok air terjun dekat pulau. Air dia sejuk sangat-sangat!




Nama air terjun ni Air Terjun Asahan (kot).


Okey dah sampai Kg. Juara. 

The cristal clear water was really nice kan.




Geramnya tengok air jernih macam ni.
















Hantu air.







Lepas dekat 2 jam kitorang mandi manda dekat Juara ni perut mintak diisi. Singgah Tekek untuk makan tengah hari kejap. Ada satu gerai ni kitorang makan murah gila. Kitorang 7 orang makan RM 40 ++ je. Tempat lain tak jumpa harga macam ni.


Jeti Tekek.











Dalam perjalanan ke Marine Park..


Nak bagitau yang belah kiri tu ada landasan kapal terbang. Tu je :)







Okey ni lah dia Marine Park. Tempat bagi ikan kebulur makan.






Kat Marine Park ni korang boleh sewa peralatan snorkeling macam kat atas ni sekali dengan life jacket. 
Harga dia RM 12. Pakai la berapa lama pun korang nak pakai. 




Yang best pasal tempat ni kan, pantai dia tak curam. Pergi jauh-jauh pun still air kat paras lutut lagi.



Sini la tempat yang saya hampir-hampir lemas =__=' (walaupun pakai life jacket)
Memori betul.









sea urchain ada kat mana-mana je. Jadi kena hati-hati.









Tukun.









Masa untuk balik...



Satu-satunya bank yang ada dekat tioman.






Lepas laut, ke sini pulak kita. Tapi kolam ni raaaaamai mat saleh. Tak puas kalau mandi sini.
*Selalunya lagi crowded dari ni.







Tepi kolam ade pantai. Pantai-kolam-pantai-kolam-pantai, jadi ikan masin la jawabnya.



Budak ni tak puas-puas lagi mandi. Lepas mandi kat swimming pool lobi, mandi kat sini pulak. Kulit dah rentung semacam je tu.


Sesape yang duduk apartment Berjaya ni jangan risau pasal makan sangat. Sebab korang boleh masak-masak kat situ. Kuali periuk senduk semua lengkap.


Big boss tengah tunggu makanan siap sambil layan berita. 


Okey habis part 2. Banyak betul gambar kali ni kan. Penat jugak nak meng-edit. Nak upload dah la makan tahun. Ada lagi sebenarnya ni. Tapi nanti lah ye. Tak larat dah nak buat semua sekaligus. 

Terima kasih sudi baca! :)
Assalamualaikum.


Baca sampai lebam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...