Monday, September 15, 2014

Cinta 200%

Pejam celik pejam celik dah bulan September kan. Dah nak habis dah pun tahun 2014 ni. Entri terakhir yang aku tulis bulan Oktober tahun lepas. Dah 10 bulan tak menulis ni. Jangan keluar bahasa Perancis dah la kan. 

Sebelum engkorang penatkan mata baca benda yang aku nak tulis ni, aku nak kabo ler awal-awal yang entri aku ni berkisarkan boyfriend. Jadi engko kena maklum awal-awal lah kalau aku dah nak cerita pasal mende gini, aku akan cerita part yang manis-manis, suwit-suwit dan lovey-dovey. Jadi, sediakan kapas siap-siap lah ye sebelum nanah mencair dari telinga engkorang ok.


Woi haram ni. Haram...


Kalau engkorang nak teruskan membaca jugak aku ulang lagi sekali, topik kali ni aku nak cerita pasal boyfriend.

Boyfriend siapa? 

Mestilah boyfriend aku.

Jadi kalau engko tak suka nak dengar cerita suwit-suwit cenggini aku sarankan engko tekan pangkah nun kat atas tu. Eh, engko dah besar kan. Takkan itu pun aku kena ajar. 

Tapi kalau engko kalis rindu, kalis love euw euw, dan kalis api, moh ler kita !




Masuk bulan September ni, kira dah 7 bulan la aku dengan boyfriend aku ni bercinta. Walaupun bagi sesetengah orang tempoh 7 bulan tu mungkin masih baru, masih lagi sweet-sweet loving-loving gitu, tapi pada aku tempoh 7 bulan tu boleh dikira lama untuk orang yang separa penyabar macam aku ni. Lagipun engko tak tau ke masa bercinta ni, sehari tak nampak muka ibarat sebulan lama dia tau...


Perkenalkan Jijid. 
Bang, walaupun aku tau engko tak suka aku sebut Jijid tu, tapi sory lah. 
Aku suka nama tu.



Boyfriend aku kadang-kadang boleh jadi manusia paling romantis dalam dunia. Kadang-kadang boleh jadi kejam serupa Adolf Hitler. Aku syak dia ni lah Dr. Jackyll and Mr. Hyde yang kita belajar masa Literature Form 3 dulu. 

Engko bayangkan lah, tengah syok-syok duduk dalam kereta yang ber-aircond tu dia boleh kentut kuat kuat. Ehhh aku perati je dia ni kecik besor kecik besor. Kalau nasib malang, aku tersedut lah sikit bau kentut dia yang hmmm.., Engko pikir la sendiri wangi ke mende tu.

Haaa, itu belum lagi kira dia menganjing perut berlemak and berat makwe dia ni. Itu yang sekarang ni aku sedaya upaya nak diet bior lepas ni aku boleh menganjing perut dia pulak sambil cekak pinggang sendiri yang dah ramping. Huh!

Nampak tak aku tengah melepas geram dekat si jijid ni. Dah berapa perenggan aku mengutuk dia ni woi? Dah-dah la tu ek. Karang dia tak jadi masuk meminang aku, aku jugak yang frust menonggeng guling-guling 7 hari 7 malam tak lalu makan ye dak...

Sebenarnya entri ni dah bertaip separuh bulan lepas, tapi biasa lah mood selalu on off jadi entri ni pun terbengkalai. Takpelah meh la akak menaip sikit sambil menunggu mata pejam. Lagipun akak baru bantai nasi goreng power mak akak sepinggan tadi. Eh sape yang kata tengah diet tu tadi???

Untuk menjimatkan kuasa menaip akak, jadi akak ingat nak buat list aje lah. Boleh kan beby-beby semua...





20 Facts about Muhammad Yazid Bin Buniran.

1. Jawa dari Batu Pahat, Johor. Jangan ditanya ke-tere-an bahasa jawa dia. Boleh keluor darah mulut engko kalau dengar hokkay.

2. Manja dengan mak & neneknya. Oh takpe, nanti dah kahwin tau la aku nak manjakan dia cemane.

3. Tak suka dipanggil baby. Tapi lama-lama aku nengok macam dah immune je tu.

4. Penggemar ayam penyet. Ni part paling best sebab aku pun suka ayam penyet. Kalau everytime dating makan ayam penyet pun dia takde hal punya.

5. Tak suka pegi tempat crowded. Kadang-kadang puas aku cakap nanti nak pegi Bukit St. Paul, muzium & shopping complex semua. Tapi dia buat dono jek drive. Last-last masa habis dating dalam kereta jek.

6. Pendiam. Tak banyak cekadak. Asal-boleh-punya-orang. Kalau depan mak pak kitorang, kemain ayu aku nengok budak ni. Cer duduk 2 orang dengan aku. Hamboi sangat dia ni.

7. Suka carik parking kereta paling dekat dengan pintu masuk kedai. Kalau ada parking kosong jauh sikit dari pintu dia tak mau. Alasan nanti aku penat nak berjalan. Padahal dia tu yang takut penat. Politik hebat ni dia ni.

8. Soalan paling peberet dia kalau keluar : Nak pegi mana ni? , Nak makan kat mana ni? ,  Nak makan apa ni? , Nak balik pukul berapa ni? , Mak ayah tau tak kita keluar? , Mak ayah  ada cakap pape tak?... Ada lagi sebenarnya tapi malas pulak aku nak menaip aih...

9. Tak minat bola. Tak main bola. Nasib bukan lembut pakwe aku ni. Hahahahaha. Tapi seb baik la sukan lain dia main. Badminton (yang ni boleh geng dengan bapak aku), memancing (setakat ni tak penah dengor lagi dia memancing dapat ikan), ok takde dah sukan lain. Tu je. Memancing tu pun kira sukan la tu. Kasik can la sikit wei...

10. Tak penah tak menguap kalau aku tengah membebel. Seb baik aku pesen sporting. Kalau tak, maunya aku denda dia ketuk ketampi 10 kali.

11. Lelaki first yang datang menghadap duli yang maha mulia bapak aku. Seb baik jugak diorang berkenan. Kalau tak, aku nak bawak diri dah pegi Ostolia jadik pengutip buah.

12. Kalau time gaduh, dia la orang yang mengalah dulu. Eleh malas nak pikir jawapan nak balas hujah aku lettew. Roughly gaduh sebulan sekali. Tu pun sebab hormon perempuan yang akan tak stabil setiap bulan tu. Heee.

13. Abang, awak penah kira tak sehari berapa kali kita sebut I Love You ?

14. Kalau bercerita pasal kawan dia, dia akan sebut nama orang tu. Contoh: Ameng, Macha dll. Dulu awal-awal aku pelik jugak dia cerita macam aku kenal semua kawan dia jek. Tapi dah lama-lama aku pun dah hafal. Tapi nama kawan-kawan aku? Satu haram tak ingat. Sabor jelah.

15. Pengikut setia drama Rindu Awak 200%. Kalau tengah mesej and jam dah dekat pukul 7, cepat-cepat dia nak mintak diri. Nak fokus tengok drama ni. Kahkahkah.

16. Aircond keretanya sejuk macam dekat obesi. Sebab tu aku suka naik kereta dia di samping dapat menjimatkan minyak kereta aku.

17. Eh apa lagi ni ek??? Dia balik kampung almost every week. Rindu mak dengan nenek dia la tu. Haritu masa beraya rumah dia, nenek dia siap bagitau kalau tidur malam-malam dia suka peluk ajid. Haaa jangan memain.

18. Cerewet kalau bab beli barang dia. Nak beli minyak wangi mengalahkan nak beli rumah. Duduk depan rak minyak wangi tu je dah dekat sejam. Dah habis sembur tangan & baju dia, tangan & baju aku pulak jadi mangsa. Kejam T__T

19. Aku tau dia tak suka ikut aku shopping. Aku tau tu. Hahahahaha.

20. Oh baru teringat. Peberet kaler kitorang sama. Coklat! Tapi dengan dia ni senang je hidup aku. Apa aku suka itula jugak yang dia suka. Tak banyak songeh. Bagus gitu.


Okey la cukup la tu. Jam pun dah lewat. Aku pun dah mengantuk. Mari kita tamatkan entri geli-geli ni dengan doa supaya jodoh aku dengan dia panjang, bahagia dan berkekalan sampai akhir hayat. Doakan jugak supaya plan majlis merisik, bertunang & menikah berjalan seperti yang dirancangkan ye. InsyaAllah.

P/S: Tak lama je lagi ni nak birthday ni. Eheee. Next entri adalah mengenai operation gigi bongsu aku. Doakan aku rajin nak menulis okey!






Saturday, October 5, 2013

Fasha.. After 9 months


Hai. 


Macam dah lama je aku tak tulis pape kat blog kan. Last tulis bulan Januari hari tu. Ni dah bulan seploh. Dasar pemalas kucipang ginawe sungguh. 


Post kali ni aku nak sump up kisah kisah best yang jadi kat aku dalam tempoh seploh bulan tu. Sebenarnya taklah best pun. Tapi aku saje je cakap best. Sebab dulik apa aku nak cakap apa pun. Kan? (Ayat carik gaduh ter-paling pemes dulu, kini dan selamanya).


Memandangkan aku ni cun tapi pemalas, jadi aku buat keputusan nak letak gambar and caption sikit sikit konon nak mudahkan kerja la. Nak buat let the pictures tell the story kang lain pulak jadinya kang. Jadi biorlah mak cik menaip sikit. Lama dah mak cik tak menaip nak. Kasi can la kan.



GAMBAR 1 (Bulan 3)


Kat KLCC balik dari briefing GCAP. Bila tau asrama jauh dari tempat belajar terus tak jadi join. Nanti dengan transport, duit makan lagi. Lagi rela aku berkubang kat katil dari keluar duit untuk benda berfaedah macam tu. Tahniah lerrr fasha. Oh ye, masa ni aku baru berjinak jinak dengan anroid and camera 360. Kahkah.



GAMBAR 2 (Bulan 4)


Hei apa ni BN ni. Ubah la ubah. Ni masa ADUN kawasan aku (masa ni belum jadi ADUN lagi dia) datang taman perumahan aku berkempen nak pilihanraya ittew kan. And rumah aku jadi sasaran. Why rumah kita mak, whyyyy???



GAMBAR 3 (Bulan 2)


Dah tak ikut turn ni kenapaaa pashiaaa?? Okey gambar ni masa last day aku mengajar dekat SMK Padang Temu. Ni dengan kelas 4SN1. Aku ngajar biologi kelas ni. Pengalaman sungguh la sekolah ni. Hari hari balik nangis stress ngadu ngan mak ayah. HAHA.



GAMBAR 4 (Bulan 5)

Ni masa Nana cousin aku kawen. Nana ni muda setahun dari aku. Tapi dia kawen dulu. Ergh saje je bagi aku stress tau minah ni. Yang cute tudung oren tu yang duduk tu atok. Yang nampak kedut kedut tu mak cik mak cik aku la. Yang tegang tegang lagi tu of course la cousin kan. (Yang baju kelabu tu first time nampak kamera tu yang jadi camtu). Ini ciput sangat dari bilangan sebenar. Kang naik pelamin ramai ramai kang roboh cemano cito eh jang.



GAMBAR 5 (Bulan 6)


Okey tempat ni nama dia Air Terjun Chemerong, Terengganu. Jernih wo air dia. Dah la kaler hijau air. Memang macam luar negara habis. Masa aku sampai sini ramai gilew mat mat repitz bergelongsor dekat batu air terjun ittew. Takut sayew mereka tersagat sesuatuw di tempat yang tak sepatutnyew.



Jernih kan? Aku dah habaq mai dah awai awai hangpa taknak percaya.

Eh tetibe je pompuan ni promosi cuti cuti Malaysia kat sini. Sebenaqnya aku pegi Terengganu sebab ngantar adik aku yg bawah aku setahun ni pegi interview petronas situ. Alang alang menyeluk pekasam, maka kitorang pun makan angin sekali. Haaa bayangkan la sebelah tangan seluk pekasam, sambil mulut nganga sebab nak makan angin. Senonoh enggak?




Kitorang tinggal kat sini untuk 3 hari 2 malam. Puas la berendam swimming pool tu sambil cuci mata tengok abiang abiang petronas lalu lalang. And kat belakang tu ada laut. Boleh mandi jugak kalau nak.



Isha dan air berpisah tiada.




Sexayyy back ayah.



GAMBAR SETERUSNYA dah tak reti kira pulak haa (Bulan 8)














Rumah sebelum diserang zombi.




Dengan cikgu cikgu ehem praktikal ehem hensem ehem. Tu sebab aku buat muka macam tu. Kengkadang konfius jugak tu muka control cun atau pun muka mintak penampor.




Harap harap budak yang depan sekali ni dah besar tak jadi gangster join geng 04. Sebab tengok gaya ada dah tu. Oh ye, nama budak ni Afiq Hakimi. Tong sampah kat tepi tu abaikan lerrr. Macam la kelas engkorang bersih sangat dulu. Isyyy.




   Dengan 2 orang trouble maker kelas 1 Terbilang (kanan) and 1 Gemilang (kiri).




Masa ni sekolah buat jamuan raya kelas. Kelas ni ramai anak anak cikgu, lecturer, doktor dengan engineer. Sebab tu diorang ni genius, sekali ajar dah faham. Senang kerja cikgu cikgu kalau semua murid macam ni tau. Hiks.


Ni jelah gambar raya yang aku rajin nak taruk sini. Yang lain tu nak simpan tu anak cucu tengok.



NEXT GAMBAR (Bulan 9)
Tema : Kawen kawen & tunang tunang


Ayu, best friend zaman sekolah kawen. Habis je sekolah sabtu tu kelam kabut cari hadiah and terus datang sebab takut kena sembelih dengan pengantin. Pendek rupanya aku ni..




Fatihah, best friend jugak ni. Sebelah tempat duduk masa form 4 dgn form 5. Kawen dah dia.




Tinggal la kitorang berempat ni. Sobsss :'(



Ni pulak majlis tunang kakak kepada kawan aku. Catik sangat kaler tema dia. Nak tiru boleh kak?



Berdosa tau lindung muka cikgu nak ambik gambar.



Best friends kat sekolah :P



Hari sukan sekolah.






Yang gambar last ni sepesel sikit sebab pakwe yang ambikkan gambar ni. Nak letak gambar kitorang dua takut ada yang muntah. Jadi letak gambar ni je lah ye. HAHAHA.


Jadi cukup lah ye. Panjang umur tahun depan aku update lagi blog. Eh bukan panjang umur je, kalau panjang umur disertai dengan kerajinan sekali. 


Jumpa lagi, bai.

Assalamualaikum.

*Birthday aku 10 oct ni sesape nak bagi hadiah boleh bagitau awal awal. Nak bagi alamat rumah ni suruh pos*


Saturday, January 19, 2013

Saya Masuk Hospital Sebab Jangkitan Kuman!

Menulis blog ni memang perlukan satu mood. Mood yang jarang sekali aku dapat. Kadang-kadang mood tu boleh datang masa kita tengah meneran sembelit. Ia boleh jugak datang masa kita baru nak tidur atau masa kita tengah syok-syok layan drama korea. Memang tak senonoh kedatangan mood tu ye. Perkataan 'kita' tu jugak boleh diganti dengan perkataan 'aku'.


*tuk tuk tuk.. (Bunyi jari ketuk keypad laptop)






Ini jugak satu lagi masalah aku. Bila mood menulis dah sampai, otak aku kadang-kadang tak dapat berfungsi sama dengan tangan. Tangan boleh bergerak. Tapi otak tak boleh. Dan selalunya aku akan end up this mengarut thing dengan sign out blogspot. So blog aku tak akan ber-update selama berbulan-bulan.


Selama beberapa bulan ni banyak benda yang aku dah tempuh. Contohnya, kerja dekat Allianz setengah hari, kerja dekat Secret Recipe sehari, jadi kerani dekat kedai perabot depan rumah aku ni sehari jugak. Mintak kerja dekat Hotel Holiday Inn dia nak yang free hair je. Interview sana sini situ sinun.


Tapi yang paling best aku masuk hospital 4 hari 3 malam. Haa macam pakej pelancongan engkau. Kenapa aku cakap masuk hospital paling best??? Sebabnya masa aku masuk jabatan kecemasan malam selasa tuh, hospital dah bagi 2 injection tahan sakit kat aku. Plus, sebelum datang hospital tu aku dah di bagi satu lagi injection tahan sakit. Kesimpulannya di sini adalah, aku ditahan wad dalam keadaan aku sihat walafiat. Takde lagi sakit. Tapi doktor still sayang nak bagi aku balik.


Okey okey, tak menjawab soalan lagi ni.. Kenapa aku cakap masuk hospital paling best??? Sebabnya bila dekat hospital kau akan tidur, bangun, makan nasi, makan ubat, tidur, bangun, makan nasi, makan ubat, tidur, bangun, makan nasi, makan ubat, tidur dan seterusnya sampai kau keluar wad. Mandi?? Emm tengoklah kalau ada mood. Walaupun kadang kala doktor akan datang untuk bagi injection, tapi rasa sakit tu akan hilang sekelip mata bila tengok doktor-doktor praktikal yang hensem-hensem lagi muda-muda lalu depan katil kita. Dan ini adalah true story.


Introducing you.. Boyfriend saya yang no.2


Pengajaran yang aku dapat lepas keluar hospital hari tu adalah, kalau doktor bagi kau antibiotik sila habiskan. Air masak, sila minum banyak-banyak. Dan paling penting sila jangan tahan kencing awak. Walaupun toilet kotor selera nak kencing pun terbantut, sila cari beg plastik or do whatever untuk kencing jugak.


Tapi kalau nak rasa duduk hospital, boleh la tahan kencing tu. Duduk hospital boleh dengar orang meraung-raung cakap sakit and rasa sebahagian diri kau dah macam ada kat dalam kubur.





Sekarang aku jadi guru gantian dekat SMK Padang Temu. Sekejap je tak lama. Sampai 19/2. InsyaAllah. Harap-harap aku kuat semangat untuk lebih kurang 6 minggu yang akan datang ni. Untuk lebih seronok aku nak cerita pasal aku jadi cikgu ni lepas tamat tempoh aku mengajar nanti. Baru syok nak mengutuk. Ehhh???


Okey lah, yang baik datang daripada yang di atas, dan yang buruk datang daripada diri saya sendiri.
Assalamualaikum :)


Baca sampai lebam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...