Saturday, April 28, 2012

CERITA PULAU TIOMAN SAYA (PART 1)

Assalamualaikum. Hai.

Okey, hari ni saya  nak share sikit lah pengalaman saya ke Pulau Tioman 3 minggu yang lepas. Ehemm tetiba rasa nak guna 'saya' pulak kali ni. :)

Sebenarnya plan nak pergi Tioman ni, saya dengan famili saya dah plan sebulan lebih awal. Nak nak pulak  tarikh yang kitorang plan nak pergi ni saya tengah mid semester break. Seminggu. 

Memang semangat kemain lah bila kata jadi nak pergi Tioman kali ni. Yelah dulu penah jugak kata nak pergi sana tapi tak jadi. Dalam masa sebulan tu memang saya lah orang paling excited. Hari-hari dok google tempat-tempat best yang ada kat sana. Baca blog-blog orang yang dah pernah pergi sana . Tengok-tengok gambar semua. Haihh, memang makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah sebab excited kemaen nak pergi Tioman. 

Tiket feri kitorang booking seminggu awal. Hotel pun sama. Tiket pergi-balik feri RM70 untuk seorang. Sesiapa yang nak pergi Tioman ni, bawak-bawak lah book tiket awal-awal ye. 

Hari Jumaat (6/4/2012) : Hari Pertama
Kitorang gerak dari Melaka lebih kurang pukul 7 pagi. Sampai di Jeti Mersing pukul 11 pagi. Masa kitorang sampai tu memang ramai gila orang kat jeti tu dan mostly mat saleh. macam kitorang je Melayu yang nak pergi Tioman masa tu. Oh lupa, bukan musim cuti sekolah kan. 


 Bagi sesape yang tak pernah sampai lagi tu, ni lah rupa jeti Mersing. Comel je jeti ni sebenarnya.


Tiket feri yang kitorang booking seminggu awal tu pukul 12 tengah hari. Memang tak sempat lah nak lunch masa memula sampai tu. Ingat kan yelah feri dah nak sampai bebeno. Rupanya kemaen lama nak menunggunya. Pastu ikut turn pulak. Sape sampai awal naik dulu. Feri yang kita akan naik nanti bergantung dengan warna tiket. Kalau tiket warna hijau, kita akan naik feri warna hijau. Kalau tiket warna purple, feri kita pun purple lah.


Disebabkan kebulur ya amat ayah belikan kitorang nasi bungkus. Makan lah kitorang dengan lahapnya dekat tempat menunggu tu.


Disebabkan masa kitorang nak naik feri tu air laut tengah surut, jadi kitorang kena lah naik bot dulu sampai tengah laut sikit, then baru naik feri. Bestnya. Macam Running Man pulak rasanya. Ahaha. Ada sorang mak cik dari Singapore kalau tak salah berzikir dari awal naik bot sampai lah nak naik feri tu. Muka pucat jangan cakap. Kesian dia.


Macam ni lah gaya kitorang masa dari bot nak ke feri. Haaa seram kan?


Perjalanan dari jeti ke Tekek, Tioman ambil masa lebih kurang satu jam setengah. Tekek ni tempat ke-2 yang feri singgah. Tempat pertama Genting, last rasanya Salang. Masa dekat Genting tak ramai yang turun. Dalam 20% dari penumpang feri. Kalau Tekek pulak memang ramai yang turun. Sebab Tekek ni kira macam KL lah kat tanah besar. Penempatan pun memang tertumpu kat Tekek ni. 


Gambar pertama yang saya ambil masa sampai di jeti Tekek


Bila sampai je dekat jeti tu akan ada bas yang ambik dan bawak kitorang ke lobi Berjaya Resort untuk check in. Saya dan keluarga menginap kat situ untuk 4 hari, 3 malam. Kitorang duduk dekat apartment. Jadi kalau nak bergerak or keluar dari apartment memang kena tunggu lori takde dinding amek kitorang. Sebabnya apartment ni jauh dari pantai dan lobi tempat kitorang check in tu. Tapi kalau korang duduk kat Berjaya ni, takde lah susah sangat nak keluar sebenarnya. Sebab ada bas yang hantar dan ambil korang nanti. For free. 


Inilah bas yang amek kitorang kat jeti tu.



Dekat lobi ada wireless. Boleh lah bagitau satu dunia korang dah sampai Tioman. erk.



TaaaDaaa.. Mempersembahkan lori takde dinding.



Swimming pool kat apartment best. Tak crowded macam dekat lobi punya swimming pool.



Dari balkoni bilik. Masa ni air surut sebab boleh nampak lagi pasir kat batu tu.




Apartment yang kitorang duduk selama kat Tioman nih. David Teo tak nak ke buat filem Apartment 909 kat sini ke??? Macam strategik je kann. ahaha.



Gambar kat atas ni saya amek masa otw nak ke pantai belakang apartment ni. Awal-awal sampai kan. Taktau mana port bagus tuk mandi laut. Punyelah jauh kitorang berjalan nak ke pantai tu. Nampak dekat je. 20 minit jugak baru sampai. Hutan kiri kanan. Bunyi cengkerik unggas semua lengkap. And yang paling best, takde langsung orang yang lalu jalan yang kitorang lalu tuh. Hmmm..



Macam jungle trekking zaman sekolah-sekolah dulu pulak rasanya. Sebab tu mak malas nak ikut. Dia cakap tengok tv lagi best. Cet.



Sebenarnya tempat yang kitorang nak pergi ni tempat ninja turtle bertapa.



Ni lah pantainya. Banyak cangkerang. Sakit kaki mak nak. 




One of my favorite photos walaupun ada ahli bina badan kat situ.



Disebabkan hari pun dah nak maghrib, kitorang ambik keputusan untuk balik. Berjalan dalam keadaan basah kuyup. Sejukkk woo. Tenaga lagi banyak guna masa nak balik ni sebab baju makin berat, laluan balik pulak kena mendaki. haiyo.

Okey gambar terkhir untuk part 1 Tioman...



Kat sini (Berjaya Resort) ada game house kalau tak salah nama tempat ni. Memang banyak la game yang ada. Tapi bukan free. Kena bayar. Macam snooker ni RM5 untuk 15 minit. Token beli dekat kaunter ye. Ehehe. 

Okey saya berhenti kat sini dulu ye. Kalau panjang umur saya sambung lagi untuk part 2 yang lagi menarik lagi banyak aktiviti yang kitorang buat. 

Till then, babai. 

Assalamualaikum.

3 comments:

.hasina. said...

mana keychain dari pangkor? nk jgkkkk tak kira! wuuu :P

kura said...

wuuuh. excited nk tggu part yg seterusnya. series. i like pulau!

Nurfashareena Safiaee said...

sina : keychain pangkor ke keychain tioman?? ahahah. ada je nih. cane nak bg tu??

kura : alamak segan pulak nk update part2. hahah.

Baca sampai lebam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...