Tuesday, November 20, 2012

Graduasi Saya

Aku masih lagi menganggur. Iye, menganggur. Perkataan yang nampak busuk di mata masyarakat.

"eh anak kau dah kerja timah bukan nama sebenar ?"
"belum lagi rosnah bukan nama sebenar"

Satu senyuman dilemparkan. Ahh senyuman itu. Ya, senyuman itu. Ibarat aku nampak neraka untuk sesaat.

Marilah kita lupakan 'neraka' itu untuk seketika dan lihat 'syurga' ini barang sesaat dua...




Yay, finally budak-gemuk-yang-nampak-stokingnya-bergulung-semasa-berjalan-atas-stage-tempoh-hari sudah grad!

Dah genap sebulan rupanya gambar tu diambik. Menganggur pulak dah 2 bulan. Cukup 5 bulan menganggur mungkin orang dah tak dapat bezakan antara aku dengan gajah. Jadi marilah doakan aku cepat dapat kerja untuk mengelakkan kecelaruan identiti!

Assalamualaikum.

1 comment:

.hasina. said...

cari kerja kt s.alam ni leh dekat2 ngn kita :)

btw, congrat dah convo. rezeki setiap org pasti ada InsyaAllah...
Cuma cepat & lambat je.. sabar eh..

Baca sampai lebam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...