Saturday, March 26, 2011

Merong Mahawangsa, Kalkulator Rosak & Makan Free

MERONG MAHAWANGSA 

Tadi baru balik tengok Merong Mahasuasa. eh salah. Merong Mahawangsa. yela baru tengok. hari ni baru macam free sikit kan. aku tengok kat The Mines tadi. orang ramai gila weh walaupun dah berapa hari a.k.a dah lama ditayangkan. jalan cerita best, pelakon hebat, sound effect gempak, semua pun memang umph la! tapi satu yang aku x faham, perlu ke aku menguap banyak kali masa tengok cerita nih :)




KALKULATOR ROSAK

Hari Rabu 
Situasi 1 : Cik S hentak-hentak kalkulator kat meja masa dalam kelas Statistik2.
Fasha Sendeng : hahahahah. Amber Chiah, cuba tengok Cik S.. hahahahah. kalkulator dia dah padam la tuh.
Amber Chiah    :   :)
Fasha Sendeng : hahahahahah. lawak gila la.

Hari Jumaat
Situasi 2 : Fasha Sendeng bangun pagi-pagi sebab nak study Statistik2 sebab pukul 3 dia ada exam. dah la semalam dia tidur awal. study memang ke laut la.
Fasha Sendeng : @#$%^&. apasal kalkulator aku nih.. dah la nak exam kejap lagi. boleh pulak dia buat hal    time-time cenggini. eee..

Moral of The Story : what goes around comes around. jadi, jangan tiru perangai Fasha Sendeng tu okeh !


MAKAN FREE

Masa dalam rapid, otw balik UKM (lepas pergi tukar bateri kalkulator kat Metro Kajang), sepupu aku mesej,  'Fasha, kami nak ajak hang p makan. nak x?'. gila kau x nak. wajib la nak. makan free kan. boleh pulak nak tanya-tanya lagi. 

Dah la makan free, diorang bawak pulak aku pergi makan kat tempat yang aku memang dah lama teringin nak makan tuh. Village View kalau x salah aku nama restoran tu. cantik gila decoration dia. tapi yang xbest nya, gelap. aku ni dah la gelojoh kalau nampak makanan. kalau tercekik tulang ikan sape nak jawab? kalau tulang kecik, xpe jugak. ini ikan dah la gedabak besar. tulang pun faham-faham sendiri lah. kalau tercekik confirm 3 hari duduk wad. 

hmm, kau faham x apa yang aku cuba sampaikan ni? kalau faham baguslah. g suruh diorang pasang lampu banyak sikit biar terang. eh banyak sikit?

ha kan.. gelap kan. aku x tipu punye (gamba dari uncle google)

Lepas pergi makan diorang bawak aku pergi Downtown ke Uptown ntah lantak kau lah kat Jalan Reko nuh. serius, tempat ni pun aku dah lama teringin nak pergi tapi xde transport je. yang syok nya, die punya booth, mak oi! punya lah panjang (orang jakun x pernah pergi uptown bazaar memang camni). macam-macam ada weh! kasut, beg, telekung, baju, bantal, kapal terbang pun ada. iya, ada kapal terbang. xkan aku nak tipu pulak. ha! nak urut-urut pun boleh. nak treatment untuk resdung pun ada! senang kata semua pun ada la kat sana. mai cik mai p sana! 

Akhir kata, bai. aku nak tidur. penat. 
eh, baju sebaldi tu bila nak basuh kak oi ? 
xpe xpe, esok masih ada :)

jap jap, tadi aku dapat minum cendol pak cik kat stesen ktm ukm yang memang mantap meletop zazzz bang bang boom tu! 

lebih kurang camni la air cendol pak cik tuh. tapi benda-benda kaler oren pak cik tu x letak eh. straw dia pun x canggih camni. nanti lain kali aku x gelojoh minum cendol pak cik ktm tu eh. boleh la aku snap sebijik dua gamba.

okey dah habis. babai.





No comments:

Baca sampai lebam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...