Wednesday, March 30, 2011

Pukul 3 Pagi

Dulu masa first year, aku kemaen addicted lagi dengan facebook. sehari kalau tak bukak rasa macam mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. dari satu page ke satu page aku jelajah. tengok apa yang kengkawan aku buat. komen gambar ngan status diorang. like macam-macam artis, page ngan group. update status selang sejam dah jadi hobi dah. senang cerita, kalau dalam kelas tu aku asyik fikir je balik nanti nak tulis apa je kat status. tapi sebenarnya bukan dalam kelas je ye, kat bustop masa tengah tunggu bas pun aku selalu fikir jugak.

Sekarang ni masa second year, aku addicted dengan game kat facebook pulak. Pernah dengar tak Mall World dengan Tiki Resort? ha, game ni la yang aku selalu main. hari-hari wajib bukak sebab nak kutip hasil kat Tiki Resort. biar cepat level naik. kat Mall world pulak, hari-hari aku duk sibuk restok baju-baju kat butik 3 tingkat aku tu. main Mall World ni kita boleh berangan la pakai baju cantik-cantik ngan mahal-mahal. macam model. 

apa benda aku merepek pepagi buta ni weh ???

Title entry nak seram-seram je kan. sebenarnya aku nak cerita pasal aku pergi trip Spritzer  kat Taiping hari Ahad haritu je sebenarnya. tapi malas pulak nak menaip. aku letak gambar je la eh. kalau rasa nak tengok sila la tengok. kalau tak nak tengok, tutup je mata tu. tak pun klik tanda x kat atas nuh.




 Tak dapat masuk, amek gambar dengan papan tanda pun jadi lah kan.



Duta Spritzer lah ni konon-konon.



Spritzer Bar. yang tak tahan, bukan tiger ke whisky ke vodka ke yang ada kat situ. tapi tengok lah air apa.. 


Kitorang gerak dari UKM pukul 11 malam. masing-masing excited gila dapat jalan-jalan naik bas sampai tak tidur. esoknya, semua mata rabak. on the way balik UKM, semua terbongkang tak ingat dunia. tahu-tahu je dah sampai.

Dah ngantuk. babai. jom tidur !

Assalamualaikum..

Eh jap, cuba baca ni sat sebelum tidur. tekan ni cepat ! 

good night :)

No comments:

Baca sampai lebam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...