Sunday, February 26, 2012

Demi RM200

Halooooo. Mulut muncung ala-ala itik mintak penyepak.

Rasanya baru semalam aku hapdet belog. Rupanya dah 3 bulan dah terbengkalai belog haku hahahahchum ni. Orang berjaya macam ni la wei. Kena jaga 8 buah kedai. Nak jaga 8 buah kedai ni bukan senang kan. kan kan kan? Ada satu kedai pun dah azab, inikan 8. Nak re-stok barang la, upgrade kedai la, tolong orang lain kat kedai diorang la pulak. Senang cerita memang busy lah aku ni. Income sehari ada la sejuta pelas pelas. Itu paling busuk la wa cakap lu.

Haaa, nak mintak tips macam mana nak buat bisnes leteww. Tak payah nak tips sangat la weh. Kau bukak pesbuk, search 'my shops' then start la buat bisnes kau tu. Mesti kau pun dah sama busy macam aku lepas ni.


Ye aku tau. Mukadimah kat atas ni memang mintak penyapu. Aku sebenarnya baru balik dari menghabiskan voucher RM200 yang Najib bagi tu. Tapi tak dapat habiskan pun. Baru guna separuh. Yelah, dia suruh beli buku. Biar saya ulang lagi, BUKU. Memang jenuh nak habiskan. Nak nak pulak kedai buku tu takde jual novel-novel yang kau dah listkan yang memang dah masuk dalam mimpi kau tetiap malam sejak dapat voucher tu. Di tambah pulak dekat rak, novel-novel yang ada mostly tajuk macam gampang. Tu belum baca sinopsis lagi tu. Haih la labu.. At last aku beli 2 je novel, 2 buku masak-masak, 1 buku motivasi Dr. Fadzilah Kamsah dengan satu buku kesilapan-kesilapan dalam solat. Haaa cemerlang gemilang terbilang tak aku?? Kejadah apa dia suruh beli buku rujukan aku beli buku masakan?? Novel takpe. Digalakkan.

Sebenarnya point utama aku tulis blog aku lepas 3 bulan lebih ni, sebab aku nak bagitau betapa ramainya manusia dekat MPH Mid Valley tadi yang nak beli buku guna voucher 1Malaysia tu. Tu belum kira yang duduk-depan-rak-tak-nak-berganjak-dengan-muka-yang-mengundang-padahal-punya-la-ramai-lagi-orang-lain-yang-nak-tengok-novel-yang-dia-hadang-tuu. URGHHH. Kentut kan sekali pun macam best jugak. Dah la sesak, laluan pulak sempit, dia boleh duduk kat situ buat muka comel. Kau memang mintak makian dan cacian lah sayang.



Mat saleh mat saleh, pak arab mak arab dan awang hitam yang ada masa tu mesti pelik dan tertanya-tanya akan sikap rakyat Malaysia yang terlalu bagus kerana sanggup berasak-asak memilih dan gigih membeli buku-buku lantas menjadikan kedai buku sebagai destinasi hujung minggu mereka. Syabas rakyat Malaysia! MUAHAHAHAHAH! 

KTM tadi sangat sangat sangat sesak padat terhimpit menghimpit dan dihimpit. Disebabkan tulang temulang aku ni macam nak patah beserta lebam sebab menatang 6 buah tadi yang beratnya sama seperti mendukung anak cipanzi, jadi aku ambik keputusan yang aku nak berhenti menaip. okey la. Babai la. Tatatititutu la. Tidur la. Dah pagi la.



Assalamualaikum :)

#Dok fikir tajuk kajian ilmiah. tolong tolong daku kelemasan dalam lautan cintamu. puihh!



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Baca sampai lebam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...