Thursday, March 31, 2011

Pergi Mana Pulak Kali Ni ?

Hari ni pergi kilang High5 pulak. dah macam pemandu pelancong dah aku ni ha. pergi Yakult la, Spritzer la, High5 la. dengar memang best pergi sana, pergi sini. tapi umangai ponek usah cito lah !

Mesti satu dunia cakap pehal minah ni asyik merayap je (memang semua orang bumi boleh baca blog aku kan). sebenarnya, untuk projek subjek Pengenalan Pengurusan Perniagaan, bebudak kuliah aku termasuk aku la kan, wajib buat lawatan kat mana-mana tempat. tak pun buat kajian kes. ha pilih la mana nak.

Dah tentu-tentu la semua orang pilih lawatan kan. best. boleh jalan-jalan. gaduh-gaduh. upppsss!

Jom julingkan mata tengok gambar-gambar aku yang cun kat bawah ni


bulat air kerana pembantungnya, bulat tudung kerana mukanya =_='


ni je orang-orang yang sudi ikut trip group aku :(


awek-awek cun PPSM !



yang berjambang tu la lecturer aku. Dr Zaidi  :D


Dan hipotesis aku dibuktikan benar. aku cun

Lepas ni dah xda lawatan-lawatan lagi ye ! 
Baca buku, nak exam dah minggu depan !

Wednesday, March 30, 2011

Pukul 3 Pagi

Dulu masa first year, aku kemaen addicted lagi dengan facebook. sehari kalau tak bukak rasa macam mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. dari satu page ke satu page aku jelajah. tengok apa yang kengkawan aku buat. komen gambar ngan status diorang. like macam-macam artis, page ngan group. update status selang sejam dah jadi hobi dah. senang cerita, kalau dalam kelas tu aku asyik fikir je balik nanti nak tulis apa je kat status. tapi sebenarnya bukan dalam kelas je ye, kat bustop masa tengah tunggu bas pun aku selalu fikir jugak.

Sekarang ni masa second year, aku addicted dengan game kat facebook pulak. Pernah dengar tak Mall World dengan Tiki Resort? ha, game ni la yang aku selalu main. hari-hari wajib bukak sebab nak kutip hasil kat Tiki Resort. biar cepat level naik. kat Mall world pulak, hari-hari aku duk sibuk restok baju-baju kat butik 3 tingkat aku tu. main Mall World ni kita boleh berangan la pakai baju cantik-cantik ngan mahal-mahal. macam model. 

apa benda aku merepek pepagi buta ni weh ???

Title entry nak seram-seram je kan. sebenarnya aku nak cerita pasal aku pergi trip Spritzer  kat Taiping hari Ahad haritu je sebenarnya. tapi malas pulak nak menaip. aku letak gambar je la eh. kalau rasa nak tengok sila la tengok. kalau tak nak tengok, tutup je mata tu. tak pun klik tanda x kat atas nuh.




 Tak dapat masuk, amek gambar dengan papan tanda pun jadi lah kan.



Duta Spritzer lah ni konon-konon.



Spritzer Bar. yang tak tahan, bukan tiger ke whisky ke vodka ke yang ada kat situ. tapi tengok lah air apa.. 


Kitorang gerak dari UKM pukul 11 malam. masing-masing excited gila dapat jalan-jalan naik bas sampai tak tidur. esoknya, semua mata rabak. on the way balik UKM, semua terbongkang tak ingat dunia. tahu-tahu je dah sampai.

Dah ngantuk. babai. jom tidur !

Assalamualaikum..

Eh jap, cuba baca ni sat sebelum tidur. tekan ni cepat ! 

good night :)

Saturday, March 26, 2011

Merong Mahawangsa, Kalkulator Rosak & Makan Free

MERONG MAHAWANGSA 

Tadi baru balik tengok Merong Mahasuasa. eh salah. Merong Mahawangsa. yela baru tengok. hari ni baru macam free sikit kan. aku tengok kat The Mines tadi. orang ramai gila weh walaupun dah berapa hari a.k.a dah lama ditayangkan. jalan cerita best, pelakon hebat, sound effect gempak, semua pun memang umph la! tapi satu yang aku x faham, perlu ke aku menguap banyak kali masa tengok cerita nih :)




KALKULATOR ROSAK

Hari Rabu 
Situasi 1 : Cik S hentak-hentak kalkulator kat meja masa dalam kelas Statistik2.
Fasha Sendeng : hahahahah. Amber Chiah, cuba tengok Cik S.. hahahahah. kalkulator dia dah padam la tuh.
Amber Chiah    :   :)
Fasha Sendeng : hahahahahah. lawak gila la.

Hari Jumaat
Situasi 2 : Fasha Sendeng bangun pagi-pagi sebab nak study Statistik2 sebab pukul 3 dia ada exam. dah la semalam dia tidur awal. study memang ke laut la.
Fasha Sendeng : @#$%^&. apasal kalkulator aku nih.. dah la nak exam kejap lagi. boleh pulak dia buat hal    time-time cenggini. eee..

Moral of The Story : what goes around comes around. jadi, jangan tiru perangai Fasha Sendeng tu okeh !


MAKAN FREE

Masa dalam rapid, otw balik UKM (lepas pergi tukar bateri kalkulator kat Metro Kajang), sepupu aku mesej,  'Fasha, kami nak ajak hang p makan. nak x?'. gila kau x nak. wajib la nak. makan free kan. boleh pulak nak tanya-tanya lagi. 

Dah la makan free, diorang bawak pulak aku pergi makan kat tempat yang aku memang dah lama teringin nak makan tuh. Village View kalau x salah aku nama restoran tu. cantik gila decoration dia. tapi yang xbest nya, gelap. aku ni dah la gelojoh kalau nampak makanan. kalau tercekik tulang ikan sape nak jawab? kalau tulang kecik, xpe jugak. ini ikan dah la gedabak besar. tulang pun faham-faham sendiri lah. kalau tercekik confirm 3 hari duduk wad. 

hmm, kau faham x apa yang aku cuba sampaikan ni? kalau faham baguslah. g suruh diorang pasang lampu banyak sikit biar terang. eh banyak sikit?

ha kan.. gelap kan. aku x tipu punye (gamba dari uncle google)

Lepas pergi makan diorang bawak aku pergi Downtown ke Uptown ntah lantak kau lah kat Jalan Reko nuh. serius, tempat ni pun aku dah lama teringin nak pergi tapi xde transport je. yang syok nya, die punya booth, mak oi! punya lah panjang (orang jakun x pernah pergi uptown bazaar memang camni). macam-macam ada weh! kasut, beg, telekung, baju, bantal, kapal terbang pun ada. iya, ada kapal terbang. xkan aku nak tipu pulak. ha! nak urut-urut pun boleh. nak treatment untuk resdung pun ada! senang kata semua pun ada la kat sana. mai cik mai p sana! 

Akhir kata, bai. aku nak tidur. penat. 
eh, baju sebaldi tu bila nak basuh kak oi ? 
xpe xpe, esok masih ada :)

jap jap, tadi aku dapat minum cendol pak cik kat stesen ktm ukm yang memang mantap meletop zazzz bang bang boom tu! 

lebih kurang camni la air cendol pak cik tuh. tapi benda-benda kaler oren pak cik tu x letak eh. straw dia pun x canggih camni. nanti lain kali aku x gelojoh minum cendol pak cik ktm tu eh. boleh la aku snap sebijik dua gamba.

okey dah habis. babai.





Wednesday, March 23, 2011

Penyek ? Leleh ?

erk, lain macam je bunyik dia..

Sape yang x tau ayam penyet tu apa? sila angkat kening anda tinggi sedikit daripada paras biasa.  okey aku boleh nampak ada sorang awek cun ni angkat kening. Ziana Zain? eh, bukan dia lah. dia memang cun pun tapi  tang kening tu, errr memang semula jadi tinggi aku rasa. :)

Okey, hari ni mak nak bagitahu resepi atau bahasa ringkasnya cara-cara macam mana nak masak ayam penyet. memula sekali, tadah air. lepas tu masak air tu sampai mendidih. kalau nak tau air tu dah mendidih ke belum, korang try la celup tangan sikit. kalau rasa sedap je, maksudnya tu belum mendidih lagi tu. lepas air dah mendidih, korang ambik maggi, rendamkan dia. tadaaa! jadi lah maggi!

Kata nak ajar masak ayam penyet??? hello! korang ingat mak Chef Wan ke?

Aku bukan nak ajar korang masak ayam penyet pun jauh sekali nak link kan resepi masak mendalah ni. aku nak cerita pasal macam mana aku boleh terjebak dengan makanan dari seberang ni je. bukan Seberang Perai okey! tapi Indonesia (kalau aku silap tolong bagitau). ape x faham? eh, dulu masa SPM, BM dapat apa?

Aku memula kenal ayam penyet ni dalam lebih kurang setahun lepas. tu pun kengkawan aku yang kenalkan. first time makan, eeee aku makan kejadah apa ni.. kengkawan aku memang gila ayam penyet ngan pecel lele ni. aku pun macam bengong-bangong macam mana diorang boleh suka benda merepek nih. eh kejap, leleh? eeuwww! bukan leleh la, lele.. pecel lele ni pulak, ayam penyet versi ikan. ikan apa tu aku x pasti la pulak. tapi aku rasa macam ikan keli. aku rasa laaa.

Aku start gila makan mendalah ni masa pesta konvo tahun lepas. mahasiswa dan mahasiswi bebudak Indonesia dia bukak gerai jual mendalah ni. dia punya sambal.. memang PEH la!!! sesapa yang rasa macam dah lama x menangis, boleh la try makan. ha lagi satu, sesapa yang rasa mulut dia macam longkang tu anda lebih digalakkan untuk makan ayam penyet ni. bila lagi nak rasa mulut kena lada kan..

Baru-baru ni aku ngan kengkawan aku ada try yang lagi baru punya. empel penyet. comel kan nama dia? empel ni macam daging rasa dia. lembut je. nak kunyah pun senang. xde lah terselit-selit kat gigi aku yang jarang ni kan.. daging apa tu aku xtau la pulak. tapi die macam salai dulu daging ni sebelum goreng. tu yang sodap tu bai!

Jom cekidaut apa benda yang aku merepek tadi

ni empel penyet. sodap!


yang ni pecel lele. yang ni pun sodap!


ni dia ayam penyet kita !
memang terbaek wa cakap sama lu !

p/s : walaupun dalam gamba nampak macam, alamak ai amondo nih.. tapi, cayolah cakap den ! sodap bai ! try la kalau nak tau

Monday, March 21, 2011

First Entry

Bismillahirrahmanirrahim..

Okey, secara rasminya Nurfashareena Binti Safiaee dah ada blog sendiri! wah bagus bagus.. aku pun xtau jin mana yang dah masuk dalam badan aku sampai boleh xtidur langsung semata-mata nak buat blog. ini kerja gila namanya ye adik-adik. mak ayah aku mesti bangga kalau aku bagitau diorang pasal nih ( jangan buat dosa pagi isnin ni boleh x? ).

Kenapa aku pilih sevencendol sebagai jadik nama blog aku??? aku akan bagitau kat second entry aku ye! *oi gile! bajet ramai la nak tunggu next entry ko tuh kan* okey okey chill beb. aku nak bagitau la ni. seven, sebab aku suka nombor tujuh. cendol, sebab aku suka air cendol. nak nak, cendol pak cik yang kat stesen ktm ukm tuh. die punye cendol.. peh, mantap meletop zaaazzz bang bang boom wa cakap sama lu.

Kenapa aku nak buat blog??? sebab apa ek? aku pun xtau sebab kukuh aku tulis blog. kalau aku cakap aku nak lawan followers blog Hamis Jalikha orang kata aku gila pulak kan. aku tulis blog sebab aku dah bosan main tiki resort ngan mall world kat facebook kot. dekan tiap-tiap sem la katakan. tambah lagi satu dosa menipu.

Hmmm, cukup la setakat ni okey. kang habes sume aku cerita, nanti dah xde topik nak cakap dah. *agak agak sape aku nye first follower eh? memang bertuah la orang tu kan ( ingat kau tu artis ke fasha oih! )..


saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan ye!
*ni bukan gambar aku masa kecik. aurat tu aurat..


assalamualaikum :)

Baca sampai lebam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...