Thursday, April 28, 2011

Tioman.. Here I Come !

Hai !

Apa khabar ? sihat ? 
Kalau tak sihat, pergi tidur. jangan gatal gatal nak online sampai tengah malam. 

Okey, aku nak bagitau ni.. aku dah habis exam dah wei ! 
(tanda seru tu yang penting ye)

Dah 2 hari duduk rumah baru terhegeh-hegeh nak update blog. 
Isy. dasar pemalas aku ni kan.

Nak dengar cerita sadis aku tak ? sape kata tak nak, aku sula.

Sebenarnya, 4 bulan lepas famili aku plan nak pergi Langkawi.
Pastu tak jadi lah pulak. T____T  

Aku dah berangan nak borong cekelat dah tau.

Yang ni cerita best pulak.

Sabtu ni kitorang nak pergi Pulau Tioman. 
Sape tanya apesal aku tak jadi pergi Langkawi, aku sepak.

Eh, Pulau Tioman lagi syok apa. 
Pantai dia lagi bersih kan. (ayat nak sedap kan hati)

ye ye je google ni kan 


kalau aku tak jumpa cari sampan ni kat Tioman, memang aku tembak sape yang upload gambar ni kat internet.


nanti nak pakai camni lah. boleh ?


Dengar cerita naik bot nak pergi sana sejam setengah.
Lamaaaaaaa gilaaaaaaaaa.

Tak sabar nak berendam dalam laut kasi kulit hitam legam.

Sesape yang pernah pergi sana, meh la suggest kan kat aku chalet mana yang best..

Saturday, April 23, 2011

Ada Apa Dengan Kashmir

Kau pernah tengok 3 Idiots tak ?
Alaaa, cerita hindustan yang pasal student engineering tu.
Masa part ending tu, kau perasan tak tempat dia cantik nak mampus ?

Haaa, itu lah Kashmir kalau nak tau. ye ye je aku ni kan. tah ye tah tidak. 

Jom cekidaut cantik nau ke Kashmir ni..













Nak tengok lagi gambar-gambar Kashmir tekan lah sini. dia siap bagitau nama tempat lagi. 

Dah puas tengok gambar, jom kita belajar matematik geografi pulak. heh.

Tekan lah sini malas pulak aku nak menaip.

Kesimpulannya : boleh la nak jadikan Kashmir ni destinasi bulan madu kau tu haaa. 

Friday, April 22, 2011

Tutti Frutti Yang Memang Tuuuttt

Eskem Tutti Frutti sebenarnya kannn..
Dia kata tu yogurt. tapi aku rasa macam eskem je. aku tak pulak kalau yogurt sama je rasa ngan eskem. sebab aku mana makan yogurt.


Rasa diaaa..

Isyyy nak cakap pun malas lah

Rasa diaaa kannn..

Sedap woah !


Pada tekak aku laaa. tak tau pulak kalau tekak kau rasa tak rasa sedap pun.


Tutti Frutti kat Bangi.


Ini paling sodap wa cakap lu. sebab yang ni aku punya.


Yang ni pun sedap walaupun topping dia kau nampak macam taik kambing.


Yang ni paling meriah. tapi rasa dia sama je sedap macam yang aku punya. 


Ini la orang kata, don't judge a book by it's cover. belum cuba belum tau.





Kesimpulannya, tak rugi la kau berhabis lapan hengget lebih untuk makan benda sedap macam ni.

Lain la kalau tak sedap. mesti rasa nak mencarut je kan lepas makan.

Tapi aku tak mencarut lah. sebab aku baik.

Thursday, April 21, 2011

Genap Sebulan

Hari ni sebenarnya genap sebulan dah umur blog aku. kalau baby, mungkin dah pandai bercakap. macam aku dulu la. sebulan je dah tau dah cakap. bukan BM je tere, Arab pun tere jugak habaq hang.  

tak maen ah taip pakai tangan. pakai kaki baru power rangers.

Dengan umur blog aku yang sebulan jagung ni, aku dah ada follower sebanyak, jeng jeng jenggg.. 85 000 orang. wah tahniah tahniah !

Terima kasih kat kau, kau, kau, dan kau yang follow blog aku ni ye :) tanpa anda, siapa lah saya. aku geliii ayat last tu. tapi kau tak boleh geli. kalau kau geli, aku kecik hati. huh ?

Pada pandangan aku la kan, blog ni memainkan peranan penting sebenarnya. yelah, contoh terdekat aku lah.

Aku ni memang kedekut tak berapa nak rajin lah kan nak keluarkan sehengget dua untuk beli surat khabar.

Biasanya aku akan baca blog orang untuk tengok ada tak berita-berita yang aku rasakan aku patut tau supaya aku tak ketinggalan. 

Walaupun apa yang diorang tulis tu tak tentu lagi kesahihannya, aku tetap terima. sebab pada aku, tu je medium yang aku ada untuk tau perihal dunia luar. cewah. macam tak boleh dengar radio kannn. heh.

Sejak sebulan ni jugak, aku banyak la pergi merayau-rayau blog orang lain.

Nak timba ilmu kena lah bejalan-jalan. bukan ke jauh perjalanan, luas pengalaman. dan dan je nak guna peribahasa ni kannn. pergi library cari buku malas pulak kau ni ye.

aku suka baca buku kat taman je. tak maen lah library nih

Kesimpulan yang aku nak buat kat sini, hmm.. tidur awal baik untuk kesihatan. 

Jadi, jom lah tidur. dah pukul satu lebih ni.

Assalamualaikum :)

Saturday, April 16, 2011

Pelik Sangaaattt

Hai. bacalah jelah terus kat bawah ni. malas aku nak buat intro. heh.


(1)

Kaabah 

Aku nak sangat tau apa ada dalam Kaabah ni tau. 

Tapi orang boleh masuk ke wei ?


(2)

Pentagon ni sebenarnya adalah Headquarters Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat

 Aku pernah terbaca ada orang sesat sampai 5 tahun tak jumpa jalan keluar Pentagon nih. tapi Usop Whilcha cakap ngan aku   
" nampok benor nipunye "


(3)

Laut Mati ni pulak sebenarnya tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat.

Aku macam  tak boleh terima, betul ke orang boleh terapung atas laut nih. 

Nak nak aku yang 100 tan ni kannn.


(4)

Papua New Guinea 

Tengok negara-negara jiran dia.

Dah nampak ?

Cuba tengok gambar kat bawah ni..

Kau faham tak macam mana kulit diorang boleh jadi warna ni ? 

Maksud aku, gelap macam orang Afrika.

Bukan warna kuning tuh. haihhh =__='


(5)

Istana Melaka

Aku musykil la kenapa Melaka takde Sultan. musykil, semusykil-musykilnyaaa lah. 

Mana pergi anak cucu-cicit Sultan Melaka ni weh ?

*soalan orang yang selalu tidur masa kelas sejarah dulu.


(6)

Istana Sri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Istana ni tak guna paku besi langsung. tapi dia guna pasak untuk gantikan paku besi. 

Eh, pelik la aku macam mana dia boleh jadi bagunan tak guna paku. 

Pernah sampai sini tak ?

Nanti kan, kalau datang sini, cuba kau try naik tingkat ataaasss sekali tuh. best tak ?


(7)

Anita Sarawak

Macam tak berapa nak faham macam mana kulit dia boleh lagi tegang dari kulit aku. dia sebaya dengan nenek aku dah padahal. 

Eh, perlu ke nak pelik ? 

Haha. *gelak tak ikhlas


(8)

Anuar Zain

Kenapa dia tak kahwin-kahwin lagi walaupun dah tua ???


(9)

Ramlee Awang Murshid

Mana dia dapat idea buat novel-novel sedaaappp camni eh ???


(10)

Ayam Penyet

Kenapa setiap minggu aku nak makan mendalah ni wei ???

Dia letak apa dalam nasi tu haa ???

Jeng jeng jenggg..



Haaaaa kau, jangan tak caye Anita Sarawak masuk dalam senarai pelik aku.


okey lah. babai.


Assalamualaikum :)

Tuesday, April 12, 2011

Cuba Bayangkan..

Ha nampak tak tajuk kat atas ni ?
Kalau tak nampak meh aku ulang lagi. cuba bayangkan..

Cuba bayangkan time-time hujan cenggini, kalau kita dapat tidur nyenyak tanpa fikir
"alamak, esok ada exam. nota tak tengok lagi ni.."
Atau pun yang lebih kritikal lagi,
"alamak, esok exam. nota takde lagi ni.."

Sooodapppp !

Aku  nak bagitau tarikh-tarikh exam aku je sebenarnya ni. hek.

12 / 4 / 2011 :  Pemodelan Statistik (dah lepas tadi)
14 / 4 / 2011 :  Persamaan Beza Dan Terbitan
15 / 4 / 2011 :  Mekanik Klasik
18 / 4 / 2011 :  Statistik 2

Gap yang tersangat-sangat lama sampai boleh berjanggut. kura-kura yang kat zoo Melaka tu pun boleh sampai Uganda dah.

26 / 4 / 2011 :  Pengenalan Pengurusan Perniagaan

Jadi tak heran lah kan kalau aku lama tak buat entri baru. *tauuu, takde orang heran

Untuk pembaca tegar blog aku *aku tauuu takde yang ntah pape ni, especially Aleeza Kessum, Amber Chiah & Maya Current.. i love u. muah muah ! nanti exam dah habis, hari-hari aku update blog bagi korang muntah nak baca lagi.

Untuk sesape yang ada exam esok, good luck ! jangan nak stress sangat sampai nak pergi toilet pun postpone habis exam baru nak pergi. kang sembelit sape susahhh ? kau jugak yang penat nak teran. eh lucah ?

Boleh tak aku nak cakap good luck kat diri sendiri jugak ??? ah tak kira, nak cakap jugak.
Good luck Fasha !!!

Alamak alamak hujan dah nak berhenti. nak tidur.
Babai. thanks for reading.

Assalamualaikum :)

Saturday, April 9, 2011

Pertempuran Hebat Akan Berlaku Esok

Haaa seram tak tengok tajuk entri aku tu ? aku yang tulis ni pun rasa semacam. hebat bebenor ke pertempuran yang aku gebangkan tu. 

Sama hebat ke dari pengeboman yang Amerika buat kat Nagasaki & Hiroshima. ke lagi dasyat dari penjajahan British kat Tanah Melayu. tak pun, lagi gempak ke dari pertempuran Merong Mahawangsa masa dia nak lawan Garuda tu ? 

Okey cukup. aku dah ngantuk malas nak google banyak-banyak. gini, meh teman nak ceghita *sambil tangan lambai-lambai macam usop whilcha.



Kolej Keris Mas, UKM Bangi
SYED: Tempahan bilik akan dibuat pada 9 April 2011, jam 9 pagi di Bilik Konvensyen KKM. Tq


Tengok. betapa pemalasnya aku ni. ayat kat atas ni pun aku copy dari fanpage kolej aku. haihhh. 

Nampak tak masa tempahan bilik tu ? dia tulis pukul 9 pagi kan ? tapi korang percayalah cakap aku, sekarang ni pun confirm dah ramai yang menempek kat kafe kolej aku sebab nak berebut nombor giliran.

Tahun lepas, masa daftar bilik ni start pukul 9 jugak. aku dengan gigihnya bangun awal dalam pukul 6.50. siap-siap semua. pukul 7.30 baru gerak bagai itik pulang petang berlenggang-kangkung pergi kafe. 

Muka toksah cerita la. berseri-seri macam Kenchana Dewi sebab bangga jadi antara orang terawal sampai. sekali bila dah sampai, hambek kau. nak bernafas pun payah *bayangkan sendiri ye bilangan manusia tu. aku malas nak ingat berapa.




macam ni la aku senyum masa otw nak tempah bilik tu. hensem kan aku..


Tahun ni aku up kan sikit masa. disebabkan aku nak bilik single yang tak berapa ketul nak ada kat kolej aku ni, aku bercadang dan berniat nak pergi awal sikit. pukul 6.45. kira okey lah kan dari tahun lepas. 

Bilik single ni memang idaman ramai manusia kat sini. sebab tu la kena pergi awal. alarm pun aku dah set pukul 6.00 pagi ni. haaa, semangat kau. jangan tak caye. 

Esok, episod rempuh-merempuh akan menjadi suatu yang normal. jadi kenalah banyak-banyakkan beristighfar untuk elakkan pencarutan daripada berlaku. dan dosa yang sedia banyak ni pun takde lah bertambah dengan sewenang-wenangnya kan.


haaa, ni la blok yang aku nak duduk semester depan. cantik menarik tertarik ko memang de bom


Mesti ngantuk kan baca benda ni. aku pun tak kuasa nak menaip lagi ni. cukup la kan..

Okey.  wish me luck for tomorrow ! babai.

Assalamualaikum :)


Thursday, April 7, 2011

CABUT POKOK PASTU LARI DARI RUMAH

Tadi masa balik dari beli makanan dengan kengkawan aku, ntah macam mana diorang boleh terimbau ter'cerita' kisah paling tak masuk akal yang pernah diorang buat masa kecik-kecik dulu. macam dalam cerita-cerita drama tu. seriusss.

Kisah bermula apabila..

Aleeza Kessum : Current, cuba tengok pokok ni weh. dia baru nak tumbuh ni.

Fasha Sendeng : Eh, lain macam je Kessum aku tengok pokok tu.

Aleeza Kessum : Dulu kan masa aku kecik-kecik, kalau mak aku marah-marah, aku cabut pokok dia weh. biar padan muka dia.

Maya Current   : Aku dulu kalau mak aku marah-marah, aku masuk bilik. kunci. pastu gunting-gunting IC dia. sampai jadi kepingan-kepingan kecik.

Aleeza Kessum : Dia (Maya Current) pernah cerita ngan aku, dia pernah nak lari dari rumah weh. dia bungkus dah kain baju dia. pastu amek kain batik, bentangkan. then, dia letak baju-baju dia dalam tuh. pastu ikat. macam dalam drama tuh.

Maya Current : Haah wei. pastu sampai kat depan pintu, bapak aku tanya aku nak pergi mana. terus aku patah balik. masuk bilik.

Fasha Sendeng dan Aleeza Kessum gelak guling-guling, mata berair, hingus meleleh, hidung berdarah. terkencing? eh, aku tak. tapi tak tau la Aleeza Kessum kan..

mungkin camni la keadaan Maya Current masa nak lari rumah tu.
paling penting beg dia bukan camni. tapi kain batik yang diikat-ikat ye.


Lawak gila weh.
Sesapa yang kata ni tak kelakar, mesti dulu BM fail. kan kan?

okey dah habis. babai. tidur nyenyak-nyenyak ye semua!

Assalamualaikum :)

Tuesday, April 5, 2011

STUDY WEEK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. cewah.

Hari ni dah masuk hari ke-4 study week. kalau campur sabtu ngan ahad sekali la. dan itu jugak bermaksud dah 4 hari aku duduk kat rumah.

Setakat ni, aku dah habis baca Permodelan Statistik. okey yang ni tipu.

Konon-konon bila balik rumah senang. tak payah fikir hari ni nak makan apa. tak payah fikir baju yang nak kena basuh dan nak sidai kat mana sebab ampaian penuh. tak payah fikir nak set alarm banyak-banyak untuk bangun tidur. paling penting, tak payah fikir berapa banyak duit yang dah mengalir keluar dari purse aku ni ha.

Tapi last-last bila kat rumah, buku ntah ke mana, tengok tv yang lebih . tengok diari AF la. sejuta cinta marshanda lah. yang ni aku teman mak aku. sambil-sambil makan tengah hari tu kan. layan la sekali. kengkadang tengok kampung boy. kali ni teman adik aku pulak.

Tapi yang pasti channel 391 dengan 393 aku yang punya! muahahahah. masa tengah tengok tu, remote control memang melekat kat tangan aku supaya tak de orang tukar channel lain. hehe.

Nak kata duduk rumah bangun awal pun tak. penat la pesan ngan mak aku suruh dia kejut pepagi sebab nak study. tapi haram.. nasib baik mak aku baik. kalau mak orang lain habis aku kena beduk dah kot.

Ayah aku pulak dah bebel-bebel cakap apasal aku tengok tv je. haih. dia tak tau ke, tengok tv lagi best dari belajar.

Okey lah. nak study. *konon-konon. babai.

Esok balik Bangi :)

Monday, April 4, 2011

SITI NURHALIZA & LISA SURIHANI

Tadi masa tengah syok layan ABPBH, tetiba aku perasan siti ngan lisa ni macam ada persamaan pulak. aku  dah la memang minat gila dekat dua orang makhluk tuhan paling cun ni  kalau korang nak tau la kan..

Persamaan 1
Dua-dua muka suci. contoh macam gambar kat bawah ni








Persamaan 2
Kesayangan media. muka diorang selalu terpampang dalam surat khabar, majalah, tv, papan tanda. apa lagi apa lagi cepat cakap.





Persamaan 3
Jadi duta sana duta sini





Persamaan 4
Dua-dua pun banyak menang award. tapi yang sorang ni terlampau lah banyak kan.






Persamaan 5
Diorang senyum memang cun gila.






Persamaan 6
Last but not least, siti ngan lisa ni teramatlah ayu nya. sopan lagi. memang untung lah Datuk K. eh tetiba.

Ni pendapat aku je okey! tak de orang bayar aku pun suruh cerita macam ni.

Malam ni nak tidur mimpi Shaheizy Sam. babai. good night.

semua gambar ikhsan dari uncle google & sini & sana.

Sunday, April 3, 2011

24/7 TV

Jumaat : Maharaja Lawak

Tiga Kumpulan yang buat aku berdarah hidung
1. Balas
2. Sepah
3. Jozan (walaupun tak best sangat malam tu)

Sabtu : Akademi Fantasia

Lelaki yang best
1. Amir
2. Azri
3. Erul

Perempuan yang best
1. Nera
2. Miza
3. Lena

Ahad : ABPBH
Zizan !

Jangan lupa tengok ABPBH malam ni !
Aku tak sabar nak tengok sebab aku dah 4 tahun tak tengok. :)

okey okey dah. mau mandi. 

Baca sampai lebam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...