Sunday, November 20, 2011

Banjir

Hai Assalamualaikum :)

Sebelum habis bulan November ni, aku rasa baik lah kiranya aku tulis satu entri baru kan. At least 1bulan 1entri 1Malaysia dari takda langsung. kannn?

Masa aku tengah menaip ni hujan tersangat-sangat-sangat lah lebat kat tempat aku ni. Kilat dan petir sabung menyabung. Guruh berdentam-dentum . Takut mak nak. Nasib baik suis bilik aku tak kena sambar petir masa tengah print nota tadi. Phew *sambil tangan di dahi kesat peluh. Kalau tak, mana nak raba duit beli laptop baru.

Cakap pasal hujan ni kan, sebenarnya aku teringin nak merasa banjir. Tidur ramai-ramai kat dewan serbaguna. Mendayung sampan dan bereswimming kat dalam banjir yang airnya berwarna coklat cappucino atau yang parah sikit berwarna hitam keladak. Tapi aku tak kisah semua tu. Yang penting aku nak mandi air banjir. Mesti syok. Free tak payah bayar pulak tuh.

Aku nak berakit macam ni kalau banjir.

Tak pun berpelampung macam ni pun syok jugak.

Atau berlari berkejaran dalam air. Aku dapat merasakan kenikmatannya. 

P/S : untuk menambahkan efek best banjir, sila lah pasang lagu 'Paradise'. Lagu dalam cerita Boys Over Flower tuuu..

Dulu masa kat matrik aku selalu doakan matrik aku banjir. Tak payah aku pergi kelas seminggu. Boleh main uno dengan rumet. Boleh tengok cerita jepun banyak-banyak. Kat matrik mana ada cuti lama-lama weh? Mana ada? Raya pun cuti 3-4 hari je. Banjir je boleh bagi kau cuti darurat lama-lama macam tu. Dekat U ni tak payah dah nak doa biar banjir. Tak banjir pun aku relax je tak pergi kelas. 

Agaknya kalau banjir kat Melaka, mesti aku kena sumpah jadi snow white. 

Tuesday, October 11, 2011

Semalam...

Walaupun mata dah kuyu, badan dah penat, kaki dah lenguh, otak dah kuning miung, tapi tangan aku ni still nak jugak tekan-tekan keyboard nak update blog.
Entah ilmu apa yang keyboard ni pakai sampai tangan aku nak melekat je kat dia kan.
Tak kan nasi kangkang kot ? Ada kaki ke dia ?
Dah. Tak payah nak fikir lebih-lebih.

Entri aku yang ni bukan entri nak bagi tau yang bahawasanya, semalam adalah birthday aku atau pun dah berapa kali aku masuk library semester ni sebab nak pinjam buku. Bukannn ye awak.

Nak lilin je boleh ? Kek kau amek la, aku tak nak

Aku sebenarnya macam menyampah gilaaa tengok beberapa entri aku sebelum ni macam tak ada gambar langsung. Macam tak sedap pulak aku tengok. Ye, aku tau kau mesti nak cakap, ''kalau ada gambar pung, macam la sedak ngat pung". Eh, dulik apa haku.

Sebenarnya aku ada banyak gilaaa benda nak bagitau. Tapi tak reti nak tulis macam mana. Hari tu lupa pulak nak join bengkel penulisan karangkraf tu. Mana tau, silap haribulan boleh jadi hebak macam Ramlee Awang Mursyid.

  Ini bukan Dr. Rozmey. Harap maklum.

Seiring dengan petambahan usia ni, aku seboleh-bolehnya nak jadi matang sikit. Matang kat sini bukan bermaksud tak boleh buat muka comel atau tunjuk 'peace no war' masa nak ambik gambar.

Matang yang aku maksudkan ni, contohnya macam makan sayur untuk elakkan sembelit. Contoh lain, senyum bila pandang orang lain. Tak pun, mandi sebelum malam. Contoh memang macam haremmm. Tak ada kena mengena langsung. Podah.

Kejap nak tanya, apa kau rasa bila budak yang kau suka gilababi masa kat sekolah rendah dulu tetiba tegur kau dekat facebook ? Harus tak bagitau dia, "weh sayang, aku ni la dulu yang minat kat kau. Jantung aku macam nak pecah bila tengok kau dulu. Aku siap ada lagu tema kita lagi sayang. Bila aku dengar lagu tu, seriusss aku terbayang muka kau sayang. hoyeah ! Couple jom ! ".

Ni salah satu contoh perangai tak matang yang harus di 'clorox' kan dari badan aku.

Motif entri ni memang nak bagitau yang semalam birthday aku. Sekian.

Wednesday, September 28, 2011

Berwajah Baru

Assalamualaikum..
Wahai orang-orang kampung sekelian alam..

Kau perasan tak belog canggih lagi hebat aku ni macam suci murni dan bersih sekarang ni ?
Dulu kan semak samun. Bunga sana, bunga sini. Pink sana, pink sini. Macam fonfon je.

Mesti kakak-kakak macho dan abang-abang taf di luar sana geli tengok template lama adik yang ge-girl sangat tu kannn..

Eh kau pehal fasha pepagi buta ni buat ayat geli-geli nih weh ? Lempang nak ?

Haaa, lepas ni takde la serabut serebelum ( betul ke ejaan dia camni ? ) aku bila bukak blog ni kannn.

Okey lah, tu je nak cakap. Bai !  :)

Sunday, September 11, 2011

Testing Testing

Ehem ehem..
Cam dah lama je tak bukak blog ni kan.
Sebenarnya niat nak menghapdet perkembangan terkini tu ade..
Tapi..

Aku lupa emel dengan password mana aku guna untuk blog nih.
Heh.
Hebat betul kawan kau ni kan.

Hari ni daftar masuk U balik dah.
Pejam celik pejam celik dah dekat 5 bulan aku jadi penganggur terhormat kat rumah tu.
Otak ni pun rasa macam dah berkarat je.
Mana tak nya, emel dengan password pun boleh lupa.
Gila.

Tapi yang paling best => aku dah jadi pelajar tahun akhir dekat U !
Wahhh.. rasa lain macam pulak :P

okey lah tu je.
Bai.

Wednesday, May 11, 2011

Cerita Sedap

Pesanan arwah atok aku : "sesape yang dah pernah tengok cerita ni, pergi la tekan pangkah kat atas nun".

Dua malam lepas dengan tiga malam lepas kan, aku ada la tengok dua cerita ni tau.

Tajuk dia 'Play The Games' dengan 'Unstable'.
Kat chanel 702.

Best weh. tak rugi aku bersengkang mata hadap cerita ni.


Gini cito eh..

Ada sorang mamat hensem ni, Atan nama dia.
Dia suka kat sorang minah cantik ni. 
Nama perempuan tu Peah.
Tapi Atan tak direct cakap kat Peah yang dia berkenan kat Peah.

Si Atan ni buat la macam-macam taktik nak ngorat si Peah.
Malangnya, Peah langsung buat tak tau kat si Atan ni. 
Bebal tau si Peah ni.

Atan ni, ada sorang atok yang duduk kat rumah orang-orang tua.
Atan rapat dengan atok dia. nama atok dia, Kasim.
Hari-hari Atan datang melawat Kasim.
Memang sesuai la si Atan ni kalau jadik suami aku tau.

Masa melawat tu, Atan mengajar Kasim cara-cara nak tackle awek. 
(Atan perasan yang konon-kononnya dia tu hebat mengorat perempuan) 

Alaaa..
Panjang la pulak nak kena taip.
Malas aku. 
Kalau ko nak tau lagi, google lah sendiri eh ! hehe.




Yang ni pulak, memang sedap wo !

Memula tengok macam tak best.
Tapi disebabkan laki tu super duper hensem, aku pun layan la cerita ni sampai habis.
Serius best !

Kau google lah sendiri eh sinopsis dia.

Kalau kau macam dah berkobar-kobar sangat nak tengok dua cerita ni, kau download je lah weh.
Nanti boleh tengok ulang-ulang.
Tak rugi pun.

Sunday, May 8, 2011

Cara Untuk Mendapatkan Mata Yang Cantik

Hari ni aku nak ajar kau cara-cara macam mana nak dapatkan mata yang cantik.

Okey, memula sekali bukak mata kau luas-luas tengok gambar kat bawah ni




















































Dah puas ? Ke nak lagi ?

Nak tau mata kau dah cantik ke belum,
Pergi tengok cermin sekarang.

Baca sampai lebam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...