Saturday, June 9, 2012

Sikit Lagi Sebelum Grad

Hai. Eh Assalamualaikum.

Bangun je dari tidur 13 jam terus dapat semangat nak tulis something kat blog. Aku rasa ni mungkin entri terakhir blog aku. Eh tak abes lagi ayat tuuu. Ni mungkin entri terakhir blog aku yang aku tulis masa aku bergelar pelajar. Cewahh. Bergelar tak tahan.

Tadi kira kat kalendar, aku tinggal 17 hari je lagi nak habis belajar. Dalam rasa tak sabar nak habis belajar ni kena la siapkan tesis dulu awokk. Tak siap tesis tak boleh grad nanti. Haaa nebes kau dengar perkataan 'tak boleh grad' tu.

Dengan ini secara rasminya ceq nak habaq kat ampa suma, ceq dah siap tesis ceq. Dah hantaq semalam kat ketua program ceq. Uuuu neves jangan cakap. Lebam bawah bijik mata ni pun tak hilang lagi lepas dah qada tidur 13 jam tadi. Pestime bangun-bangun tidur terus cari cermin. Pestime. Sebelum ni tak penah buat. Kakakaka. Jangan bagitau berapa lama kau jadi gila sebab tesis ni. Jangan yeee..

Kau tau apa rasa dia bila dah siap tesis???




Rasa dia macam ni...



 Tapi tak boleh nak seronok lagi. Sebab...

11/6/2012 : Sejarah dan Falsafah Sains Matematik
14/6/2012 : PEMBENTANGAN TESIS paling seram ram rammm ramlah ram
19/6/2012 : Beberapa Isu Pilihan dalam Matematik
25/6/2012 : Makanan dan Gaya Hidup

Tak sampai seminggu goyang kaki makan bersuap dekat rumah kena pergi LI pulak. Nasib dapat kat rumah je.

2/7/2012 : Praktikal wehhh!

Lepas ni bai bai la esaimen. Bai bai la exam. Ku kenang dikau dalam doaku jelah.

Okey dadadididudu.
Selamat ber'exam' semua!
Doakan aku lepas semua paper sem ni weh!! ;D

2 comments:

Baca sampai lebam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...