Wednesday, March 23, 2011

Penyek ? Leleh ?

erk, lain macam je bunyik dia..

Sape yang x tau ayam penyet tu apa? sila angkat kening anda tinggi sedikit daripada paras biasa.  okey aku boleh nampak ada sorang awek cun ni angkat kening. Ziana Zain? eh, bukan dia lah. dia memang cun pun tapi  tang kening tu, errr memang semula jadi tinggi aku rasa. :)

Okey, hari ni mak nak bagitahu resepi atau bahasa ringkasnya cara-cara macam mana nak masak ayam penyet. memula sekali, tadah air. lepas tu masak air tu sampai mendidih. kalau nak tau air tu dah mendidih ke belum, korang try la celup tangan sikit. kalau rasa sedap je, maksudnya tu belum mendidih lagi tu. lepas air dah mendidih, korang ambik maggi, rendamkan dia. tadaaa! jadi lah maggi!

Kata nak ajar masak ayam penyet??? hello! korang ingat mak Chef Wan ke?

Aku bukan nak ajar korang masak ayam penyet pun jauh sekali nak link kan resepi masak mendalah ni. aku nak cerita pasal macam mana aku boleh terjebak dengan makanan dari seberang ni je. bukan Seberang Perai okey! tapi Indonesia (kalau aku silap tolong bagitau). ape x faham? eh, dulu masa SPM, BM dapat apa?

Aku memula kenal ayam penyet ni dalam lebih kurang setahun lepas. tu pun kengkawan aku yang kenalkan. first time makan, eeee aku makan kejadah apa ni.. kengkawan aku memang gila ayam penyet ngan pecel lele ni. aku pun macam bengong-bangong macam mana diorang boleh suka benda merepek nih. eh kejap, leleh? eeuwww! bukan leleh la, lele.. pecel lele ni pulak, ayam penyet versi ikan. ikan apa tu aku x pasti la pulak. tapi aku rasa macam ikan keli. aku rasa laaa.

Aku start gila makan mendalah ni masa pesta konvo tahun lepas. mahasiswa dan mahasiswi bebudak Indonesia dia bukak gerai jual mendalah ni. dia punya sambal.. memang PEH la!!! sesapa yang rasa macam dah lama x menangis, boleh la try makan. ha lagi satu, sesapa yang rasa mulut dia macam longkang tu anda lebih digalakkan untuk makan ayam penyet ni. bila lagi nak rasa mulut kena lada kan..

Baru-baru ni aku ngan kengkawan aku ada try yang lagi baru punya. empel penyet. comel kan nama dia? empel ni macam daging rasa dia. lembut je. nak kunyah pun senang. xde lah terselit-selit kat gigi aku yang jarang ni kan.. daging apa tu aku xtau la pulak. tapi die macam salai dulu daging ni sebelum goreng. tu yang sodap tu bai!

Jom cekidaut apa benda yang aku merepek tadi

ni empel penyet. sodap!


yang ni pecel lele. yang ni pun sodap!


ni dia ayam penyet kita !
memang terbaek wa cakap sama lu !

p/s : walaupun dalam gamba nampak macam, alamak ai amondo nih.. tapi, cayolah cakap den ! sodap bai ! try la kalau nak tau

No comments:

Baca sampai lebam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...